Monday 28 October 2013

HELLO ! ! MR. ARROGANT..

selepas aku melanjutkan pelajaran ker peringkat diploma...aku berjumpa dan berkenalan dengan seorang lelaki berumur awal 30an...kami berkenalan pada akhir bulan 4 dan sterusnya menjalinkan hubungan...tetapi hubungan aku denagn dia hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja...

kali ini aku berpisah sebabkan cara aku yang tidak pandai bergaya..aku tahu dia memang orang kelas atasan, berkerjaya dan berkemampuan...aku sudah pun memberitahu padanya yang aku ni bukanlah seperti perempuan lain yang pandai bergaya dan berfEsyen...tapi dia tetap ingin berkenal rapat dan menjadi insan yang istimewa...aku menerima seadanya dia walau perbezaan umur membatskan kami...

hubungan aku dengan dia tidak semanis mane pun...yewla bila keluar jer ada sahaja yang nak dia komen pasal aku...kenapa tak 'makeup'la? kenapa pakai macam budak sekolahlah? saba jewla aku mendengar komen-komen yang tak membangun tu...bila aku cakap terima aku seadanya..dia kata dia terima tapi dia cuma nak aku berkeyakinan dan tampil cantik...

bukan aku nak mengaibkan dia...dia ni kala bejalan kemana aja..satu jew yang dia bebelkan dekat aku tak tahan selain komen cara aku...dia akan bising-bising sebab panas,ramai orang dan kalaw duduk dalam kereta dia pun dan macam kat Greenland...tapi sampai sekarang aku ingat lagi apa yang dia suka makan n minum...kekadang tersa rindu menebal tapi aku kikiskan jua kerana DIA BUKAN LAGI UNTUK AKU....

Tuesday 28 May 2013

DERITA KU...

Kenapa derita sering menyelubungi diri ini??....kenapa di saat aku hampir menemukan sesuatu ia akan hilang dalam dakapan aku...
walau seerat mana pun aku dakap...ia tetap akan pergi juga...
aneh sungguh perasaan yang di kurniakan oleh MU....sesungguhnya hanya Engkau yang tahu betape jerih dan perit yang aku hadapi.....

Seawal hati mula terbuka...mulalah ada sahaja dugaan yang datang...aku jadi muak dan serik untuk merasai nikmat ini lagi...bukanlah aku ingin menjadi orang yang kufur nikmatMU...tetapi aku seorang manusia yang lemah...aku sudah berkali-kali jatuh dan tersungkur....aku tidak mahu hidup melara....aku ingin mengecapi bahagia...

Begitu rupa godaan perasaan yang aku tanggung...sememangnya aku bukanlah seperti apa yang mereka fikirkan...kenalan rapatku lebih mengetahui segalanya tentang apa yangkau tidak tahu...aku bukan seperti wanita lain yang pernah kau kenal...aku bukan jenis wanita yang kau pernah jumpa atau kenal...aku tahu aku sememangnya tidak layak untuk kau....mungkin ini ketentuannya....sudahlah hati yang lara...janganlah kau jadi begitu melara gara-gara lelaki yang durjana..........................

Wednesday 22 May 2013

LELAKI

Ah! lelaki semuanya sama sahaja...kata-kata manis mengalahkan madu lebah...tp derita dan sakit yang aku tanggung lebih sakit dari tusukan sengat sang lebah...
Makin aku mengenali lelaki....makin aku merasa jengkel terhadap diorang...makin aku rasa kenapa ada lelaki yang mulut manis seperti gula ditemukan dengan aku...
Haish !! lelaki memang susah untuk aku beri kepercayaan lagi...Hati aku sekarang hanya tinggal dendam dan benci terhadap mereka...

Bila ada perasaan cinta atau sayang hadir...dengan pantas hati aku mengatakan ''ITU SEMUA DUSTA DAN TIDAK BENAR''..

Wahai lelaki yang budiman...di manakah keberadaan lelaki seperti ini...tidakkah ada satu untuk diriku...Hurm aku masih belum jumpa dengan lelaki yang menghormati aku sebagai seorang perempuan...yang menjaga tutur katanya bila berkata-kata...yang boleh membimbing aku bila aku hampir leka atau lalai...yang mampu menjaga maruah aku dan wanita lain seperti menjaga emas sekarung...

Bukan aku meminta yang sempurna..aku tahu tidak ada yang sempurna melainkan yang maha ESA...tapi jarang aku ditemukan dengan lelaki seperti ini...kalau ada pon pasti mereka sudah berkeluarga...kadang-kadang aku merasa jika yang baik itu sudah berkeluarga...aku sanggup jadi yang kedua...tapi tidaklah sampai hati ini untuk meretakkan hati wanita lain demi ciri-ciri lelaki idaman aku...

Bukan mudah untuk dapatkan yang terbaik...tetapi aku mengharap dan meminta agar ada jua lelaki yang boleh membuka pintu hatiku semula yang telah terkubur oleh persaan kecewa dan dendam terhadap lelaki...

Coretan aku bukanlah untuk menghina atau memburukkan lelaki tetapi aku hanya merasa kesal dan bosan dengan lelaki yang sama dan sama berterusan...pada aku sudah tidak ada yang istimewanya lagi dalam hal cinta....

Wednesday 1 May 2013

BUKAN KEHENDAKKU...

Semuanya bukan kehendakku..
dan bukan juga bukan keinginanku...
mungkin ini suddah suratan...
yang telah ku pilih...

 Aku mungkin sering dikecewakan...
 Aku sering dipinggiran hidup orang..
Aku juga selalu ditipu oleh orang yang aku percaya..

Tapi itu semua cabaran untuk mendewasakan aku..
menjadikan aku lebih tabah..
menjadikan aku kuat..
dalam disebalik kelukaan hati..

aku harus redha dan berfikiran positif...
aku harus mengkukuhkan perisai hati dan diri ini...
supaya tidak ada seorang pun yang boleh menembusi dan menghancurkan dinding pemisah hati dan jiwa ini...

Aku berharap aku tidak akan menjadi bunga yang layu kerana...
ketandusan air dan sinar mentari...
aku yakin dan harus kuat membawa hati ini pergi jauh dari perasaan yang selalau membuat aku sedih bagai punggukmerindu dan umpama gagak yang dibenci orang...

 

Wednesday 10 April 2013

SEMANGAT KU...

Pelbagai pengalaman yang aku lalui di kala ini...semakain aku kuat untuk hidup berdikari semakain kuat dugaan hati ini...walaubagaimanapun aku harus kuat demi orang yang aku sayang..aku kini lebih positif dari segi pemikiran dan kelakuan ku...aku yakin aku mampu tetapkan cara aku sekarang...aku tidak akan sekali-kali mengalah atau berundur dari dugaan hidupku...insyallah aku pasti boleh...

macam mana sekalipun hatiku tetap dengan dia yang aku sayang...aku harap dia bahagia dengan hidup dia dan kalau dia sudah berteman baru aku harap pasangan dialabih baik dan mampu menjaga, membahagiakan dia lebih dari aku...

Aku masih sayangkan kau F..aku tidak mampu lupakan kau...setiap kali aku melintasi kawasan tempat tinggal kau aku pasti teringatkan kau dan bila aku berada di shopping mall...aku tetap juga dapat lihat bayangan kau...keranakaulah lelaki yang pertamaaku keluar berdua dan kau banyak memberi aku merasa bagaimana harus mencintai dalam cara yang berbeza...

Sayang aku pada kau membuat aku supaya kuat menjadi orang yang lebih tabah dan berusaha hidup berdikari didunia ini....sampai sekarang aku masih bersendiri dan kalau di izinkan oleh yang maha esa aku ingin hidup dengan kau....

KAULAH SEMANGATKU KINI DAN SELAMANYA .....
AKU MENYAYANGIMU KERANA ALLAH...

Thursday 21 February 2013

GADIS

Hurm semuanya berlalu dengan pantas...tanpa aku sedari dan nikmatinya...aku tidak sangka begitu jerih hidup sebagai seorang perantau...walaupun hanya untuk menambah ilmu di dada....tapi berat rasanya jika mengenang kembali...

Aduhai hati yang lara...semoga kau tabah menghadapinya...jika kau tidak tabah dan cekal..pasti ramai yang akan lihat kau jatuh...ramai yang memegang tanganmu dan berada sentiasa di belakangmu....

Janganlah kau sekali-kali lemah...yakinkan dirimu bahawa kau mampu lakukan segalanya...
tanpa ada yang mempengaruhi mu dari kiri dan kanan mu...cinta dan kasih pasti ada...
kerana telah ditentukan untukmu...

Aduhai gadis remaja...hatimu masih mudah dipengaruhi...kukuhkan hatimu dengan amal dan bimbimngan...janganlah kau mudah terpengaruh...jika kau terpengaruh kelak binasa dirimu...
Gadis remaja...janganlah kau leka dan lalai....jika tidak merana dirimu...

Friday 15 February 2013

LUAHANKU...

Segalanyer aku berserah kepadaNYA...mungkin ini ketentuan yang MAHA ESA untuk hambanya yang mungkin akan lalai dalam keasyikkan dunia dan cinta...
Segalanya ader hikmah yang besar disebaliknya...
Aku yakin dengan keputusan akal aku daripada naluri hatiku...buat mase nie akal aku adalah pembimbing aku untuk mengejar apa yang aku hajatkan...

Berkenaan urusan hati aku akan biarkan dahulu kerana aku masih lagi tercari-cari apa maknanya disebalik semuanya...memang jerih dan pahit melaluinya...tapi orang-orang di sekeliling aku buatkan aku bertambah kuat untuk melaluinya...

Monday 21 January 2013

KAWAN BARUKU!!


Ok cun an member aku n aku..huhu..
this is my new friend...
baru jek kenal-kenal tapi dah rapat...
maybe chemistry kita orang kot same...
by the way, just nak kenal an member baru aku kat sesape yang ader laaa bace
blog aku yang x seberape nie...
hahahahha ^__^..

kita orang group yang simple jex nak kemaner...
x suke over2 sangat dalam berdressup or bersolek...
I LOVE MY NEW FRIENDS......

Sunday 13 January 2013

KENAPA???

HAish ko ni kan kenapa kau contact aku then kate nak berkenalan pulak...
Entah number sape ko pakai ko wat mesej aku...aku x faham la ngan ko...mase aku ade ko wat aku cam xder makner jex..
bila aku dah xder ko baru la dok sibok nak ganggu aku..mintak maaf la bagai..
nasib baik la kau nie masih sayangkan ko..
kalaw x aku memang dah mengamuk kat ko...aku tengah berusaha nak lupakan ko taw x...
tapi bila ko mesej aku balik aku jadi teringat dan terpikirkan kau je taw x...

semoga kau dan aku dapat lupakan antara satu sama lain...dan jika berkesempatan kita akan berbaik semula...itupun kalaw sudah hati ini pulih dari luka yang kau guriskan...

4 BULAN BERLALU...

Sudah lama aku tidak meluahkan ape yang terbuku di dalam hatiku..
mungkin ada yang sudah bosan dengan cerita lama aku..mohon maaf atas kesulitan yang berlaku hihihi...

Mungkin ada yang nak tahu apa yang terjadi lepas aku pergi meninggalkan FAIZ kan...
Bila kita hilang orang yang kita sayang pasti kita rasa sedih dan kecewa sedikit...
Itulah yang aku alami selepas membiarkan dia pergi..Bukan mudah rupanya untuk aku melupakan dia...Sampai sekarang aku masih memikirkan dia walawpun dia bukan yang pertama hadir dalam hidup aku..Tapi perasaan ini susah untuk aku singkirkan jauh dari dalam hati aku..aku pun tidak dapat merungkaikan kenapa perasaan ini masih tetap ada dalam hatiku..

Jangkauan masa aku putus dengan dia genap 4 bulan sudah...dan sampai sekarang aku tidak boleh menerima pengganti dia..ape yang dia buat pada aku memang akan mengecewakan hati mana-mana perempuan jika merasainya..kadang-kadang fikiran aku melayang memikirkan dia..merindui dia...dan aku ingin menyayanginya untuk selamanya...tapi aku harus kuatkan diri dan hati ini untuk membiarkan dia pergi jauh dari hatiku yang sudah retak...

Jika antara aku dan dia sudah berjodoh yang telah di tetapkan oleh MAHA PENCIPTA YANG ESA...aku terima dan akan ku pinta agar dia bisa perbaiki retakku ini serta menjaga diriku..