Saturday 15 November 2014

ANUGERAH CINTA...

cinta ini memang luar biasakan...anugerah yang tidak pernah ternilai diberi kepada setiap manusia..
kali ini cintakan bukan hanya berputik malah telah bercambah dan mugkin sudah lengkap menjadi sepohon pokok cinta yang telah kami baja denagn unsur-unsur yang seharusnya ada dalam hubungan....baik hubungan dengan pasangan,atau hubungan dengan sesama manusia....

kekadang, ramai diantara kita hanya bersangka bahawa cinta hanya untuk orang yang bercinta lainan jantina...tapi sesama manusia dan haiwan....
cinta ini merupakan keinginan dan mungkin juga keperluan bagi pendapat masing-masing...tetapi kita harus fikir bahwa cinta itu sememangnya sudah lama tertanam dan hanya tunggu untuk bercambah...

untuk menjaga cinta dan membesarkan cinta bukan lah perkara yang mudah...namun cinta ini tersangatlah indah..kerana cinta manusia mampu mencipta nama disebaliknya ada kekuatan cinta yang tidak ramai orang tahu...
cinta juga mampu merosakkan jiwa dan akal fikiran kita...tapi jika cinta itu bersulamkan nafsu dan bisikan syaitan yang selalu mengganggu kita....

cinta itu umpama lautan yang tidak akan pernah habis dimakan waktu...
tapi cinta juga ada pasang dan surutnya....masam dan manisnya...
tawa dan duka...itulah sememangnya lumrah orang yang bercinta....

CINTA ANUGERAH UNTUK KITA...KITA HARUS PANDAI MENGAWAL CINTA YANG ADA ....

Monday 28 October 2013

HELLO ! ! MR. ARROGANT..

selepas aku melanjutkan pelajaran ker peringkat diploma...aku berjumpa dan berkenalan dengan seorang lelaki berumur awal 30an...kami berkenalan pada akhir bulan 4 dan sterusnya menjalinkan hubungan...tetapi hubungan aku denagn dia hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja...

kali ini aku berpisah sebabkan cara aku yang tidak pandai bergaya..aku tahu dia memang orang kelas atasan, berkerjaya dan berkemampuan...aku sudah pun memberitahu padanya yang aku ni bukanlah seperti perempuan lain yang pandai bergaya dan berfEsyen...tapi dia tetap ingin berkenal rapat dan menjadi insan yang istimewa...aku menerima seadanya dia walau perbezaan umur membatskan kami...

hubungan aku dengan dia tidak semanis mane pun...yewla bila keluar jer ada sahaja yang nak dia komen pasal aku...kenapa tak 'makeup'la? kenapa pakai macam budak sekolahlah? saba jewla aku mendengar komen-komen yang tak membangun tu...bila aku cakap terima aku seadanya..dia kata dia terima tapi dia cuma nak aku berkeyakinan dan tampil cantik...

bukan aku nak mengaibkan dia...dia ni kala bejalan kemana aja..satu jew yang dia bebelkan dekat aku tak tahan selain komen cara aku...dia akan bising-bising sebab panas,ramai orang dan kalaw duduk dalam kereta dia pun dan macam kat Greenland...tapi sampai sekarang aku ingat lagi apa yang dia suka makan n minum...kekadang tersa rindu menebal tapi aku kikiskan jua kerana DIA BUKAN LAGI UNTUK AKU....

Tuesday 28 May 2013

DERITA KU...

Kenapa derita sering menyelubungi diri ini??....kenapa di saat aku hampir menemukan sesuatu ia akan hilang dalam dakapan aku...
walau seerat mana pun aku dakap...ia tetap akan pergi juga...
aneh sungguh perasaan yang di kurniakan oleh MU....sesungguhnya hanya Engkau yang tahu betape jerih dan perit yang aku hadapi.....

Seawal hati mula terbuka...mulalah ada sahaja dugaan yang datang...aku jadi muak dan serik untuk merasai nikmat ini lagi...bukanlah aku ingin menjadi orang yang kufur nikmatMU...tetapi aku seorang manusia yang lemah...aku sudah berkali-kali jatuh dan tersungkur....aku tidak mahu hidup melara....aku ingin mengecapi bahagia...

Begitu rupa godaan perasaan yang aku tanggung...sememangnya aku bukanlah seperti apa yang mereka fikirkan...kenalan rapatku lebih mengetahui segalanya tentang apa yangkau tidak tahu...aku bukan seperti wanita lain yang pernah kau kenal...aku bukan jenis wanita yang kau pernah jumpa atau kenal...aku tahu aku sememangnya tidak layak untuk kau....mungkin ini ketentuannya....sudahlah hati yang lara...janganlah kau jadi begitu melara gara-gara lelaki yang durjana..........................

Wednesday 22 May 2013

LELAKI

Ah! lelaki semuanya sama sahaja...kata-kata manis mengalahkan madu lebah...tp derita dan sakit yang aku tanggung lebih sakit dari tusukan sengat sang lebah...
Makin aku mengenali lelaki....makin aku merasa jengkel terhadap diorang...makin aku rasa kenapa ada lelaki yang mulut manis seperti gula ditemukan dengan aku...
Haish !! lelaki memang susah untuk aku beri kepercayaan lagi...Hati aku sekarang hanya tinggal dendam dan benci terhadap mereka...

Bila ada perasaan cinta atau sayang hadir...dengan pantas hati aku mengatakan ''ITU SEMUA DUSTA DAN TIDAK BENAR''..

Wahai lelaki yang budiman...di manakah keberadaan lelaki seperti ini...tidakkah ada satu untuk diriku...Hurm aku masih belum jumpa dengan lelaki yang menghormati aku sebagai seorang perempuan...yang menjaga tutur katanya bila berkata-kata...yang boleh membimbing aku bila aku hampir leka atau lalai...yang mampu menjaga maruah aku dan wanita lain seperti menjaga emas sekarung...

Bukan aku meminta yang sempurna..aku tahu tidak ada yang sempurna melainkan yang maha ESA...tapi jarang aku ditemukan dengan lelaki seperti ini...kalau ada pon pasti mereka sudah berkeluarga...kadang-kadang aku merasa jika yang baik itu sudah berkeluarga...aku sanggup jadi yang kedua...tapi tidaklah sampai hati ini untuk meretakkan hati wanita lain demi ciri-ciri lelaki idaman aku...

Bukan mudah untuk dapatkan yang terbaik...tetapi aku mengharap dan meminta agar ada jua lelaki yang boleh membuka pintu hatiku semula yang telah terkubur oleh persaan kecewa dan dendam terhadap lelaki...

Coretan aku bukanlah untuk menghina atau memburukkan lelaki tetapi aku hanya merasa kesal dan bosan dengan lelaki yang sama dan sama berterusan...pada aku sudah tidak ada yang istimewanya lagi dalam hal cinta....

Wednesday 1 May 2013

BUKAN KEHENDAKKU...

Semuanya bukan kehendakku..
dan bukan juga bukan keinginanku...
mungkin ini suddah suratan...
yang telah ku pilih...

 Aku mungkin sering dikecewakan...
 Aku sering dipinggiran hidup orang..
Aku juga selalu ditipu oleh orang yang aku percaya..

Tapi itu semua cabaran untuk mendewasakan aku..
menjadikan aku lebih tabah..
menjadikan aku kuat..
dalam disebalik kelukaan hati..

aku harus redha dan berfikiran positif...
aku harus mengkukuhkan perisai hati dan diri ini...
supaya tidak ada seorang pun yang boleh menembusi dan menghancurkan dinding pemisah hati dan jiwa ini...

Aku berharap aku tidak akan menjadi bunga yang layu kerana...
ketandusan air dan sinar mentari...
aku yakin dan harus kuat membawa hati ini pergi jauh dari perasaan yang selalau membuat aku sedih bagai punggukmerindu dan umpama gagak yang dibenci orang...

 

Wednesday 10 April 2013

SEMANGAT KU...

Pelbagai pengalaman yang aku lalui di kala ini...semakain aku kuat untuk hidup berdikari semakain kuat dugaan hati ini...walaubagaimanapun aku harus kuat demi orang yang aku sayang..aku kini lebih positif dari segi pemikiran dan kelakuan ku...aku yakin aku mampu tetapkan cara aku sekarang...aku tidak akan sekali-kali mengalah atau berundur dari dugaan hidupku...insyallah aku pasti boleh...

macam mana sekalipun hatiku tetap dengan dia yang aku sayang...aku harap dia bahagia dengan hidup dia dan kalau dia sudah berteman baru aku harap pasangan dialabih baik dan mampu menjaga, membahagiakan dia lebih dari aku...

Aku masih sayangkan kau F..aku tidak mampu lupakan kau...setiap kali aku melintasi kawasan tempat tinggal kau aku pasti teringatkan kau dan bila aku berada di shopping mall...aku tetap juga dapat lihat bayangan kau...keranakaulah lelaki yang pertamaaku keluar berdua dan kau banyak memberi aku merasa bagaimana harus mencintai dalam cara yang berbeza...

Sayang aku pada kau membuat aku supaya kuat menjadi orang yang lebih tabah dan berusaha hidup berdikari didunia ini....sampai sekarang aku masih bersendiri dan kalau di izinkan oleh yang maha esa aku ingin hidup dengan kau....

KAULAH SEMANGATKU KINI DAN SELAMANYA .....
AKU MENYAYANGIMU KERANA ALLAH...

Thursday 21 February 2013

GADIS

Hurm semuanya berlalu dengan pantas...tanpa aku sedari dan nikmatinya...aku tidak sangka begitu jerih hidup sebagai seorang perantau...walaupun hanya untuk menambah ilmu di dada....tapi berat rasanya jika mengenang kembali...

Aduhai hati yang lara...semoga kau tabah menghadapinya...jika kau tidak tabah dan cekal..pasti ramai yang akan lihat kau jatuh...ramai yang memegang tanganmu dan berada sentiasa di belakangmu....

Janganlah kau sekali-kali lemah...yakinkan dirimu bahawa kau mampu lakukan segalanya...
tanpa ada yang mempengaruhi mu dari kiri dan kanan mu...cinta dan kasih pasti ada...
kerana telah ditentukan untukmu...

Aduhai gadis remaja...hatimu masih mudah dipengaruhi...kukuhkan hatimu dengan amal dan bimbimngan...janganlah kau mudah terpengaruh...jika kau terpengaruh kelak binasa dirimu...
Gadis remaja...janganlah kau leka dan lalai....jika tidak merana dirimu...