Friday 28 September 2012

DEMI KEBAHAGIAAN MU

Aku x tahu..adakah ini keputusan yang betul perlu aku lakukan demi kebahagiaan
dia yang sayang...atau keputusan yang salah dan menghampakan dia...
Tapi aku yakinkan diri aku bahawa inilah jalannya supaya dia x rasa ape yang aku rasa bila tak dapat bersama orang yang aku cinta....

Sebelum dia ceritakan pada aku yang orang yang dia sayang seperti ingin kan dia kembali....telah aku dapat rasakan perubahan dia terhadap aku...
dia seperti merahsiakan perkara yang tak sanggup dia hendak kongsikan...
tapi semalam telah membongkar segalanya....
dia taknak ceritakan perkara tersebut kerana takut lukakan hati masing....

tapi aku yakinkan dia supaya terima orang yang dia inginkan...
bukan senang untuk dapat peluang bersama yang di sayang dan di cinta....
lagipun aku sekadar pendatang dalam hidup dia....

Aku tidak mahu dia rase bersalah dengan keputusan dia....
Aku ingin lihat kau bahagia sebab aku yakin aku tak mampu untuk bahagiakan kau...
walaupun hanya sementara bila bersama kau..
aku bersyukur keraana dapat merasa manisnya sayang dari kau...

''Faiz...janganlah kau khuatirkan diri aku...aku sudah lali dengan perasaan 
yang wujud dalam diri aku ini...aku sudah bersedia dari awal lagi....
moga kau bahagia.....''

TERIMA KASIH CAPITAL F

Thursday 23 August 2012

KENANGAN KU BERSAMU ....

Hari ini aku dan dia mengukir suatu kenangan yang bagiku cukup terindah....
Buat pertama kalinya aku keluar bersama dengan orang yang aku sayang...
Buat pertama kalinya aku dapat meluangkan masa dengan dia....
Buat pertama kalinya juga aku dapat bermesra dengan dia....
Inilah pengalaman yang terindah pernah aku lalui bersama dia.....

Mungkin pengalaman yang pertama ini akan mengekalkan hubungan kami...
insyALLAH itu pun kalau dia masih menginginkan aku berada dalam hati dia......
dan menemani dia menjalani hidup bersama....

Dialah lelaki pertama yang aku pernah berjumpa secara dirancang..huhu..
dialah yang pertama keluar bersama aku...
dialah yang pertama mencipta kenangan indah dalam memoir hidup aku...
AKU SAYANG DIA!!

Sunday 5 August 2012

INILAH AKU..

Kenapa aku ader perasaan cemburu yang kuat?
mungkin ini yang telah di berikan untuk aku
belajar bersabar dalam perhubungan sesama manusia...
Emosi aku nie kadang-kadang aku boleh kawal
tapi kekadang tidak...
Sebab tu aku selalu gagal dalam mempertahankan hubungan aku...

Sampaikan dyowang menyampah nak layan kerenah aku nie...
bagi aku kalau dia tak bole terima aku seadanya...
biarkan aku pergi...
daripada aku menyusahkan orangkan...
do i care!..

Wednesday 25 July 2012

LAFAZKAN CINTAMU DENGAN IKHLAS..

Apabila aku menyayangi seseorang...aku tidak akan membiarkan dia mengetahui bagaimana perasaan aku yang sebenarnya terhadap dia...Bukan kerana aku seorang yang suka menyimpan rahsia...bukan juga kerana aku tidak suka berkongsi perasaan aku...tapi aku taknak dia  tahu yang aku sangat menyayangi dia dan hanya dia di dalam hatiku...
Kerana bila seorang lelaki yang baik dan jujur mengetahui perasaan seorang perempuan yang begitu mendalam terhadapnya...dia  pasti cuba untuk membalasnya...
Sedangkan perasaan dalam diri dia tidak seperti yang ditunjukkan kepada perempuan tersebut.....
Ini kerana dia tidak mahu melukakan perasaan seorang perempuan...

Yang tulus menyayangi dirinya....
Yang ikhlas menerima dirinya...
Serta yang sudi memberi cintanya....

Kerana itu aku tidak mahu melafaskan kata-kata indah pada dia...
Aku takut dia tidak sanggup meninggalkan aku  suatu hari nanti kerana perasaan aku terhadap dia...
dan berpura-pura menyayangiku.....
Bila dia adalah jodoh yang termaktub untukku....
saat itulah aku akan melafaskan segala kata-kata indah....

Belajarlah menerima diriku walau aku bukan yang pertama dalam hidupmu.......

CERITARA KISAH CINTA..

Dalam hidup seseorang pastinya pernah memiliki cinta pertama....
Cinta pertama yang mengajar kita menyayangi insan lain....
Cinta pertama yang membolehkan kita cuba untuk hidup bersama orang tersayang...
Cinta pertama juga mendidik hati kita supaya menghargai setiap pertemuan...
Tanpa cinta pertama ini kita mungkin tidak akan pernah mengenali semua itu...sama ada yang indah ataw pahit...
Segala kenangan bersama cinta pertama mungkin susah untuk di lupakan...
Malah untuk memberikan hati kita pada insan lain agak susah dan perih bukan...


Tapi jika hadirnya cinta yang baru...terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka...cuba menjadi yang terbaik untuk si dia...
Segala yang terindah jadikan kenangan dan yang duka cuba di perbetulkan..
Sememangnya dalam percintaan kita akan sentiasa bermain dengan perasaan dan emosi....Jika di dalam hati tersemat untuk mengikatkan cinta yang baru usahalah dan serius dalam hubungan...Jika jodoh sudah tercatat tiada ape yang mampu menghalang sesuatu hubungan itu untuk membina mahligai indah di syurga.....

Monday 9 July 2012

INSYAALLAH...

Hurm semuanya berlalu dengan pantas...sepantas tiupan angin laut... sepantas sang bayu menyapa pagiku...sepantas deruan ombak memukul pantai...sepantas itu aku cuba melupakan mu...walaupun dikau tidak mungkin setuju dengan keputusan ku...


aku sudah tidak mampu mengenang cinta yang tidak tahu di mana kesudahannya...aku juga tidak bisa membalas sayang yang kau cuba perjudikan untuk ku...untuk aku membalsnya...tidak mungkin aku akan lakukan..

Sekarang aku mengharap kasih dari insan lain yang sudi menerimaku dan membawaku jauh dari masa laluku...yang dulunya sering teringatkan mu...
sering mendambakan kasih dan rindumu....jika aku di pertemukan dengan insan tersebut...kelak aku bersyukur dan menerinya dengan ikhlas....


Aku percya pasti ada sinar kebahagiaan yang akan aku nikmati suatu saat nanti...dan aku tidak lagi akan menaruh harapan yang tinggi terhadapmu...
walaupun aku tidak mengecapi kebahagiaan....Aku akan membahagiakan mereka yang selalu disisi ku pabila aku memerlukan seseorang...yang menjauhkan diriku darimu aku terima apa yang mereka lakukan...
pasti ada kesimpulannya dalam segala kesulitan...insyaALLAH.....

Wednesday 23 May 2012

LUAHAN KALBU

Ya ALLAH kenapalah sume nie jadik kat aku? Sedangkan aku tidak kuat untuk melaluinya kerana aku masih mentah lagi dalam dunia ini...Kuatkanlah aku tuhan...biarlah dugaan ini menjadikan aku lebih matang dalam meniti hari ku...


Awal bulan 6 nie aku akan melanjutkan pelajaran ke IPT...aku harap aku tenangkan diri aku sebelum aku mulakan pelajaran aku...aku xnak masalah hati ini mengganggu pelajaran aku di sana kelak..aku ingin berjaya!!!
Aku nak capai impian aku dan cita-cita aku...aku mohon padamu semoga Engkau memberiku keuatan ketika di medan nanti...


Aku berharap aku akan berjaya dan mendapat sesuatu yang bernilai di sana....serta aku dapat melupakan masalah yang dialami aku sekarang...
Semoga pengalaman ku di usia remaja mematangkan aku dan mendewasakan aku...Aku akan cuba menjauhkan diri aku dari cinta lelaki!!!
Semoga aku kuat dan aku berjaya mengatasinya...

Saturday 19 May 2012

MUQADIMAH 4 MEI

Dah lame tak update aku pnyer blog nie..maklumla sibuk dengan kerja n permohonan untuk aku sambung belajar...insyaALLAH aku dapat capai impian aku kelak...
bulan 4 yang lepas aku meluahkan perasaan marah aku dekat seseorang...tulis pun ikut sedap anak tekak jek...aku memang bengang giler dengan budak laki tu...
sampai sekarang pun aku tak berhubung langsung dengan die...


Walau beribu kata maaf dari die tak akan aku indahkan...bia die taw rase sikit...Dalam mase yang same kekasih aku yang dulu kembali semula pada aku...die menyatakan pada aku mengenai rasa bersalahnyer pada aku kerana buat aku tidak penting dalam hidup die...yewla sape tak angin kan kalaw teman lelaki kita buat x tak jek dengan kita..amik sikap indah x endah...x pikir langsung perasaan kita...cakap sayang tapi buat kita macam x penting jek...buat ape nak ader pasangan kalaw kita x hargai pasangan kita tu...entahla...kali nie aku x taw hubungan aku sampai bile dengan die...kalaw die jodoh aku maknenyer aku kene banyakkan bersabarlah dengan perangai die...


hurm mulai saat nie...aku xakan hanyer update cerita cinta aku...sume citer sedih n happy..sama ada cinta atau sahabat atau keluarga akan aku kongsikan...insyaALLAH...

Friday 20 April 2012

GERAMNYER AQ!!

Hurm suke hati engkaulah...nak pikir aku dah berubah jadik jahat kew apew ker itu sume pasal engkau...paham x!!! Engkau buat aku hilang perasaan dekat lelaki....kalaw aku kahwin pown satu hari nanti...hanya dia jer yang dapat cinta dan sayang aku yang aku tidak pernah beri pada laki lain....x macam bini-bini korang....dapat sisa-sisa cinta jer dari korang...kesian doe aku denagan bini-bini korang...sekarang aku dah malaz nak cakap baik-baik lagi...aku baik orang buat aku...sapa yang boleh sabar....


Eeeee....nasib baik aku nie masih beriman lagi walaupun x kuat....aku pikir lagi sifat kemanusiaan....kalaw x memang aku dah buat macam-macam kat korang...
hish geramnyer rasa kat korang...rase nak tumbok-tumbok jer sampai lunyai muka korang cam kuali tu....

Sunday 15 April 2012

MAAFKAN SAYA AWAK !

Maafkan saya awak.. saya x mampu untuk membalas kasih dan sayang awak yang terlalu tinggi untuk saya... saya bukan perempuan yang mampu membalas cinta awak... saya taknak tipu diri saya atau tipu perasaan saya...saya belum boleh buka pintu hati saya untuk awak hadir dalam hati saya....


Awak saya tahu awak sering berdoa semoga tuhan buka pintu hati saya untuk terima awak...andai doa awak di makbulkan saya terima awak dengan hati yang terbuka... dan saya merasakan sayalah perempuan yang paling bertuah kerana dicintai dan disayangi oleh seorang lelaki yang benar-benar ikhlas terhadap saya.... kita kena yakin pada ketentuan ilahi...segalanya sudah ditentukan...jika kita tidak ditakdirkan bersama angaplah perasaan awak itu hanya dugaan di alam remaja ini....


Saya yakin awak...kalaw kita tidak bersama pasti ada perempuan lain yang mampu menyayangi awak seperti mana awak menyayangi saya.....

Monday 26 March 2012

MIMPIKU YANG INDAH

Mimpi!!..

Semalam aku mimpikan seorang lelaki yang wajahnya tidak begitu jelas di alam mimpiku...saat itu aku merasa terlalu merindukannya kerana suatu ketika dulu aku pernah mimpikan dia juga...aku meluahkan padanya bahawa aku rindukan dia lalu ku memeluknya...

Tiba-tiba air mukanya berubah lalu memanggil aku sayang...aku melepaskan pelukan ku dari dia dan dia pergi begitu sahaja...ketika itu aku memikirkan mengapa riak wajahnya tiba-tiba berubah...mungkinkah dia tidak suka dengan tindakan aku itu??..

Selepas dia pergi meninggalkan aku,aku terjaga dari mimpiku...tetapi walaupun aku hanya mimpi tapi aku dapat merasa tangan ku memeluk tubuhnya...kelembutan bajunya...dan suaranya yang begitu jelas aku dengar...walaupun pertemuan ku di alam mimpi hanya sekejap tapi aku merasa bahagia....bahagia yang teramat sangat...

Perwatakannya yang alim membuatkan aku terpikir dan tertanya-tanya siapakah dia??..adakah dia hanya hanyalan dalam mimpiku sahaja??..atau dia benar-benar wujud??..dan mungkin juga gangguan ketika mimpiku??.. jika hanya gangguan mimpiku menagapa aku merasa begitu bahagia??.. aku mampu tersenyum sedangkan hatiku sedang berada dalam kegusaran... sungguh indah mimpiku ini...

Wednesday 14 March 2012

KESUNYIAAN YANG MENYELUBUNGI HATIKU

Kesunyiaan yang menyelubungi hidupku tanpa kehadirannya..
Dengan kehadirannya yang bisa mengukir senyuman di wajahku..
Tatkala aku dalam kesedihan atau perasaan gundah gulana dengan dunia remajaku ini...


Mengapa aku tidak bisa melupakannya lagi?? Aku cuba berjauhan dari dia..
aku cuba untuk tidak mengambil tahu tentang dia..tapi itu semua hanya sementara sahaja...selepas beberapa minggu aku masih mengambil tahu tentang dia...


Adakah aku tidak kuat untuk melupakan dia?Oh! tidak aku harus lupakan dia walawbagaimanapun aku WAJIB lupakan dia....tapi jika aku sudah lupakan dia..adakah aku bisa memberi cintaku dan kasihku kepada insan lain??


ketika ini setiap lelaki yang ingin dampingi aku..aku merasakan seperti biasa sahaja..aku hanya ingin berkawan dengan mereka sahaja..dan tidak menginginkan dicintai atau menyayangi mereka...aku tidak dapat memberi sayangku pada mereka...aku runsing kenapa aku terlalu sayangkan dia..
sedangkan dia tidak ada perasaan langsung padaku sekarang
(naluri hatiku)..


Aku harap ada seorang insan yang mampu membuatkan aku jatuh cinta kembali...aku bukan mahu perwatakan yang sama seperti dia..aku tidak mahu sehebat kasih sayangnya terhadap aku..aku hanya mahu seseorang itu mampu memberi aku rasa nikmat cinta dan kasih sayang..dan aku harap mereka tidak mensia-siakan aku dan menghargai aku..menghormati aku sebagai perempuan yang bermaruah dan jujur dalam setiap perkara..

Wednesday 7 March 2012

PERASAAN AKU

Air mata ku berguguran bersama-sama dengan hujan..mendengar luahan perasaan dari si dia..aku merasa begitu terharu tatkala dia menyatakan yang dia akan tetap berdoa kepada Allah agar aku membuka pintu hatiku untuk menerimanya suatu saat nanti..

Ya Allah..adakah aku terlalu kejam kerana menolak cintanya yang telah lama berputik untuk ku?..Adakah aku terlalu mementingkan diri kerana menolak sayangnya?..Adakah itu semua hanya mainan perasaan yang wujud di zaman remaja ini?..

Aduhai aku begitu runsing memikirkan segalanya ini...kadang-kadang aku terasa ingin berjauhan dari tempat tinggal ku ini..aku ingin pergi jauh merantau meninggalkan segala kenangan yang pahit atau pun indah..
Tapi jika aku berbuat demikian bermakna aku penakut untuk menghadapinya...Aku harus kuat mengharungi pengalaman di usia remajaku ini...supaya bila ku dewasa kelak aku akan jadi lebih matang mengenal peribadi seseorang..

Sesungguhnya aku tahu...Allah telah mewujudkan cinta dalam diri setiap hamba-NYA..suatu saat nanti kelak akan ada cinta yang hadir dalam hidupku..sama ada untuknya atau untuk insan lain...Saat itu aku hanya mengikut gerak hati ku berpandukan dengan kematangan akal ku....

Cinta merubah manusia menjadi baik atau jahat...itu sebablah jika mencintai atau dicintai haruslah senantiasa meminta petunjuk dari Allah agar memberi jalan yang betul dan panduan dalam mengejar cinta tersebut...semoga cinta yang kita harapkan di berkati dan ianya jodoh dari Allah s.w.t....

Monday 5 March 2012

MAAFKAN AKU...






Adakah aku terlalu pentingkan diri???Tapi jika aku terus melakukan sedemikian terhadap dia...dia akan bertambah menyayangi aku..maafkan aku....aku tidak mampu membalas cinta dan sayang kau..aku tidak sanggup mendustakan perasaan aku hanya untuk membahagiakan kau....Tatkala kau bahagia bersama aku, sedangkan aku tidak merasai kebahagiaanya...bukankah jika kita bercinta dua-duanya akan merasakan kenikmatan percintaan itu...Tapi jika tidak hanyalah sia-sia sahaja hubungan tersebut kerana hanya sebelah pihak sahaja mengecapi kemanisan cinta..


Maafkan aku...
Aku tak mampu memberikan jiwa aku kepadamu....walaupun ramai orang mengeji aku atau mengata aku kerana menolak cinta kau yang ikhlas..itu semua aku boleh terima daripada aku terus menyakiti kau dan mendustakan perasaan aku ....kenangan yang kau berikan padaku sangat indah dan manis...


Aku berdoa pada tuhan agar ada seorang perempuan yang bisa membalas cinta kau yang taburkan untuk aku....dan aku harap kau dapat mencintai perempuan tersebut seikhlas kau mencintai aku....Maafkan aku...Maafkan aku....aku tak mampu memberikan cintaku padamu....Aku tahu bagaimana rasanya cinta tidak berbalas....
Memang perit jika bertepuk sebelah tangan...tapi padaku walaupun bertepuk sebelah tangan asalkan dapat memberi aku kebahagiaan dan kekuatan untuk berusaha mendapatkan apa yang aku inginkan..


Apa yang kita inginkan tidak semestinya dapat...walau sekeras mana kita usahakan jika ia bukan jodoh atau rezeki kita....ia tetap tidak akan menjadi kepunyaan kita...aku harap kau mengerti...Jika kau membenci pada aku..aku mengerti...Maafkan aku....

Thursday 23 February 2012

Madah Cinta UntukMu...


Setiap kali aku mendengar lagu ini..hatiku sentiasa teringatkan dirinya..
dalam helah nafasku masih aku ingin merinduinya...
dalam lena ku aku ingin berkongsi mimpiku dengannya...
dalam apa jua keadaan aku ingin senantiasa bersamanya....
mengapalah aku begitu sengsara bila memikirkan kesilapan aku meninggalkannya....
aku menjadi derita merindui dia....
sang pencinta yang aku telah lama harapkan...
bukanlah istana mahligai yang aku boleh janjikan untuk aku berikan padamu...
bukanlah kebahagiaan yang berterusan dapat aku berikan padamu...
yang hanya aku mampu berikan padamu hanyalah cintaku yang ikhlas dari hatiku....
kasih sayang yang seindah permata.....
hanya itu dapat aku luahkan padamu.....
SEMOGA KAU DAPAT MENERIMA CINTA DAN KASIHKU HAIZAM !!

Monday 20 February 2012

Panggilan Yang Aku Rindui....

Selepas perpisahan aku dan haizam..aku menemui seorang lagi lelaki yang aku lihat dapat membuat aku lupa pada si dia.Dia yang bernama lebih mesra di panggil din.Aku berkenalan dengan dia tak lama mana pun dan aku terus menerima dia.Aku terlalu berharap dia dapat menjaga aku lebih baik dari yang haizam lakukan padaku.


Tetapi tidak,harapanku punah dan hanya sia-sia..malah hatiku bertambah parah kerana terluka dengan layanan yang sangat kurang perihatin terhadapku.
Mungkin aku berharap terlalu tinggi pada dia dan kerana itu aku terlalu merasa menyesal karana memilihnya.


Lagi pun din seorang budak lelaki yang pandai dan ketika waktu persekolahan dia menetap di asrama.Mungkin sebab itu aku dan dia kurang mesra...tapi aku masih engat cara dia panggil aku dengan nada yang boleh buat aku cair kalau aku sedang marahkan dia....


Tatkala aku teringatkan dia hanyalah kerana cara dia memanggil aku.Memang lain dari bekas-bekas teman lelaki yang lain.Apa boleh buat jodoh kami tak kuat seperti juga hatiku yang tak kuat untuk mempercayai dia ketika berada di asrama...

Wednesday 15 February 2012

Ingatan CInta HaiZam Yang Tidak Pernah Luput

Cinta aku berputik kembali pada tahun 2011 awal bulan 3.Perkenalan antara aku dengan dia sudah lama hampir 3 tahun semasa kami mula menjalinkan hubungan.Aku memang sudah lama menaruh harapan pada dia kerana aku dapat merasakan yang dia seorang yang jujur dan tidak ada apa yang diselindungkan dari aku atau sesiapa sahaja.


Waktu dia bertanyakan pada aku adakah aku sudi menerima dia sebagai teman istimewa,aku merasakan begitu teruja dan agak was-was kerana dia merupakan abang saudara pada teman rapat aku dan aku tahu serba sedikit mengenai perangainya yang suka menyakat orang.Aku bertanyakan banyak kali padanya adakah dia benar-benar serius dengan lamarannya itu?.
Setelah aku berfikir panjang aku menerimanya dalam hidup aku dan aku dapat merasakan sesuatu yang aneh dalam hatiku.


Hatiku seperti sudah menjadi miliknya.Dia menjaga ku dengan sebaik mungkin.Aku sangat menyayanginya.Dia pandai mengambil hatiku sehinggakan aku tidak mampu memarahinya jika dia mengguris hatiku.
Fikiran aku makin runsing memikirkan perasaan aku terhadapnya.
Aku seolah-olah dapat merasakan nikmat dicintai ketika bersamanya.
Mungkinkah ini cinta yang selama ini aku dambarkan dari seorang lelaki?
Atau hanya perasaan aku sahaja?


Tapi langkah robeknya hatiku bila aku yang berada dalam keadaan marah boleh memutuskan hubungan yang aku impikan selama hidup aku yang bergelar remaja? Aku tidak mampu menahan perasaan cemburu ku dan keegoan ku yang terlalu tinggi.Aku menderita.Inilah buat pertama kali aku merasakan bagaimana perasaannya bila putus cinta...


Aduh tidak sanggup aku mengharunginya.Aku sering terkenangkan dia ketika bersamaku.Aku tidak mampu melupakannya.Tiap detik yang aku lalui dalam hidupku ingin aku berkongsi bersamanya.Aku menjadi murung dan sering mengalirkan air mata tatkala aku merindui dia.


Monday 13 February 2012

Cinta Aku Dan Mohamad

Tahun 2010..aku berkenalan dengan seorang lagi lelaki yang mempunyai sifat panas baran yang tinggi dan suka mengongkong kehidupan aku...apa sahaja yang ingin aku lakukan haruslah memberitahu padanya.Pada awalnya aku rasakan itu semua hanya kerana dia menyayangi aku..tapi lama-kelamaan
aku merasakan yang itu kerana perasaan cemburu butanya yang tidak boleh di kawal.


Dia tahu yang memang ramai lelaki cuba untuk mendampingi aku..tapi mereka bukanlah pilihan aku.Apakan daya,dia tetap dengan pendirian dia itu.Hubungan kami memang mesra dan apabila aku bersama dia aku memang rasa di hargai dan di sayangi.Ini kerana perhatian dia terhadap aku terlalu dalam.Kami berkenalan atas nama kawan dan tidak tahu bagaimana aku mula menerima dia dalm hidup aku sbagai pengganti nazim.


Rupanya tidaklah setampan mana,perangainya tidak seelok mana tapi jika hati sudah suka apa sahaja boleh di terima.Hubungan kami kekal sehingga 10 bulan lamanya. Kali ini percintaan aku bukan seperti aku dan nazim yang bercinta kerana tuduhan melulu dari kawan baik aku tapi lebih kepada keikhlasan yang turun dari hati.Alangkah sedihnya hatiku ini tidak dapat meneruskan percintaan kami kerana ada yang menghalangnya.


Aku tidak suka menjalinkan hubungan dengan seseorang jika ada yang tidak suka.Kerana aku ingin orang di sekeliling aku merasa juga keseronokkan yang aku alami ktika bersama dengan orang yang aku sayang.Hubungan kami terhenti dan tidak mungkin aku menyambungnya kembali walaupun hati ini sayu untuk melepaskan dia pergi dari hatiku.


Tapi aku yakin bahawa aku mudah untuk melupakan dia dari menjadi orang yang aku sayang.Aku sangat hargai kasih sayang yang dia beri pada aku dan aku berterima kasih kepadanya.





Sunday 12 February 2012

Perpisahan Yang Tercipta

Selepas beberapa hari Nazim bagi aku hadiah..aku membuat keputusan untuk putus dengan dia.
Aku tidak boleh terima lagi dia dalam hidup aku.Mesti ada yang menyangka aku seorang yang jahat..tapi teman wanita mana yang sanggup dengar cerita yang kawan baik sendiri nak kan pakwe aku?Masa itu jugak perasaan cemburu aku lebih dari perasaan aku terhadap dia.Aku pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu.

Sewaktu peperiksaan PMR kawan-kawan aku ada yang memberitahu tingkah-laku nazim terhadap aku.Dia sering memrhatikan aku dari jarak jauh.Saat itu aku merasakan sesuatu yang aneh dalam hati aku.Aku rasa aku telah membuat keputusan yang salah kerana mminta dia melepaskan aku.
Tiba-tiba terdetik suara kecil di hati aku'ahh biarlah..kan kawan aku nak kan dia..maafkan aku nazim'.

Aku teruskan kehidupan aku seperti biasa selepas menduduki peperiksaan PMR.Tapi alangkah perkara yang tidak aku sangka dalam hidup aku berlaku sekali lagi.Nazim meminta kau supaya terima dia kembali kerana dia masih menyayangi aku.Aku pun terima dia kembali kerana perasaan aku terhadap dia tidak hilang lagi.Aku dan dia seperti semakin mesra dan sayang aku terhadap dia semkain dalam.Waktu itu aku tidak berani lagi untuk bercinta dan berkasih secara serius.
Bukan apa aku takut aku akan melakukan perkara yang di larang.Bukan aku mahu katakan yang nazim seorang yang suka meminta..tapi faham-faham sajalah kalau sudah bercinta dan menyayangi seseorang kita boleh hilang kewarasan diri kerana cinta kita jika iman kita tidak kuat.

Selepas beberapa minggu aku dan dia bersama.Aku membuat keputusan untuk berpisah dengan dia
untuk selamanya.Aku biarkan dia mengejar wanita yang di sukainya.Aku yakin dngan keputusan aku untuk melepaskan dia dari hidup aku.Aku tahu ada yang mengata belakang aku kerana asyik couple dan clash.Ape boleh buat aku masih belum matang lagi dalam mencari cinta...

Friday 10 February 2012

Hadiah dari NAZIM

Aku dan Nazim bersama selama 9bulan lebih.Hubungan kami di sekolah biasa-biasa sahaja seperti rakan sampaikan ada yang mengatakan kami tak ada apa-apa hubungan.Kami jumpa bila ada masa lapang atau pun waktu balik.memori aku dengan dia tak seindah mana pun,hanyalah sekadar memegang gelaran awek orang dan pakwe orang,itu saja.


Kenangan yang paling aku ingat sampai sekarang masa hari jadi aku yang ke15 tahun.Masa tu aku dan dia tengah amik percubaan PMR yang terakhir.Sebelum tu,malam hari jadi aku dia bagi mesej supaya aku balik dengan dia esok hari sebab dia nak bagi aku hadiah sempena hari jadi aku.
Esok hari,lepas habis jawab soalan trial PMR,aku rasa berdebar -debar sebab aku nak jumpa dengan dia.Aku mintak kawan aku teman aku untuk jumpa dia.Mana taknyer  bukan selalu aku dating dengan dia..hahahaha.


So waktu balik tu aku nampak dia dah tunggu aku kat depan pintu kelas.Huish seram rasanyer bila nampak dia.Aku pun keluar dari pintu kelas dan dia sambut aku dengan senyuman dia.Aku dah terksima malu sebab kawan-kawan aku ada dekat dengan aku.Nazim pun keluarkan hadiah dari beg dia dan dia serahkan pada aku.Kawan-kawan aku mula menyakat aku.
Aduhai tak tahu lah ape nak aku luahkan masa tu.Kami berjalan bersama-sama dan aku hanya tunduk malu saja.Malam tu Nazim mesej aku dan dia menanyakan adkah aku suka atau tidak hadiah yang dia berikan pada aku.
Aku katakan aku suka.Hadiah yang dia berikan pada aku ialah music box.
Memang kegemaran aku.



Sampai sekarang aku masih menyimpannya dengan baik.Tapi penutupnya dah patah.Hukhuk sedihnya.

Hadirnya NAZIM Dalam Hidupku

Hurm sudah lama aku memegang gelaran solo..aku mula merasa kesunyiaan dan ingin mencari teman,akhirnya ada seorang insan muncul dalam hidup aku,nama dia NAZIM.Dia rakan sekelas aku sewaktu aku tingkatan 3.Masa aku form 2 aku minat dia,rupe dia bukanlah idaman wanita tapi aku terima dia seadanya.Kami berkenalan dan aku mula terima dia dalam hidup aku.Kami bercinta dan dialah lelaki pertama yang aku suka di sekolah aku.
Sewaktu aku bersama dia ramai yang mentertawakan kami.Ada yang menggelar kami sebagai pasangan 'kuda belang'.Tapi aku tak kesah pun pasal gelaran itu semua.

Tiba-tiba,tak lama selepas kami bercouple,telah muncul seorang perempuan bernama RAINI yang mengelar dirinya pernah diminati dan dicintai oleh NAZIM.Dia menceritakan sesuatu yang kurang menyenangkan aku dalam perhubungan kami.Aku mula rasa gelisah dan tidak puas hati sebab Nazim tak pernah bercerita tentang Raini pada aku.Aku rasa seperti di tipu dan seolah-olah dia menganggap aku tidak penting dalam hidup dia.Inilah perasaan aku bila orang yang aku sayang cuba merahsiakan sesuatu dalam hubungan kami.

Aku cuba berbincang dengan dia secara baik tapi dan hubungan kami semakin baik.Nazim bukan  seperti lelaki lain yang pernah cuba untuk menjadi teman istimewa aku.Dia seorang yang baik,pandai lagi-lagi dalam sejarah dan matematik.Dia juga selalu menegur aku dalam berpakaian.Dia menyuruh aku bertudung jika kluar rumah dan memakai pakaian yang menutup aurat sebab aku dulu jarang pakai hijab dan sering keluar rumah memakai seluar pendek.Nazim lah yang mengubah aku dan aku berubah secara perlahan-lahan.Pada awalnya aku berubah sebabkan dia tapi lama-kelamaan aku berubah dengan hati yang ikhlas kerana ALLAH S.W.T.

Thursday 9 February 2012

Luahan Rasa Cintaku

Kehidupan aku sekarang hanya bertemankan keluaraga aku yang tercinta...tiada lagi yang namanya kekasih atau pun teman istemewa dalam hidup kau...aku tidak ada perasaan untuk mencintai insan lain buat masa sekarang.....kerana hati aku sudah terluka terlalu parah untuk di ubati lagi.....inilah perkara yang paling aku takutkan selama ini...sekian lama aku elak agar perasaan kecewa aku ini tidak mnyentuh hidupku....sudah ramai lelaki aku cuba jauhkan diri...tapi akhirnya aku terpaut juga pada seorang insan yang benar-benar telah merampas hatiku....apakah kesudahan cerita cinta ku ini?Adakah akhirnya aku dapat cintanya itu?