Thursday 23 February 2012

Madah Cinta UntukMu...


Setiap kali aku mendengar lagu ini..hatiku sentiasa teringatkan dirinya..
dalam helah nafasku masih aku ingin merinduinya...
dalam lena ku aku ingin berkongsi mimpiku dengannya...
dalam apa jua keadaan aku ingin senantiasa bersamanya....
mengapalah aku begitu sengsara bila memikirkan kesilapan aku meninggalkannya....
aku menjadi derita merindui dia....
sang pencinta yang aku telah lama harapkan...
bukanlah istana mahligai yang aku boleh janjikan untuk aku berikan padamu...
bukanlah kebahagiaan yang berterusan dapat aku berikan padamu...
yang hanya aku mampu berikan padamu hanyalah cintaku yang ikhlas dari hatiku....
kasih sayang yang seindah permata.....
hanya itu dapat aku luahkan padamu.....
SEMOGA KAU DAPAT MENERIMA CINTA DAN KASIHKU HAIZAM !!

Monday 20 February 2012

Panggilan Yang Aku Rindui....

Selepas perpisahan aku dan haizam..aku menemui seorang lagi lelaki yang aku lihat dapat membuat aku lupa pada si dia.Dia yang bernama lebih mesra di panggil din.Aku berkenalan dengan dia tak lama mana pun dan aku terus menerima dia.Aku terlalu berharap dia dapat menjaga aku lebih baik dari yang haizam lakukan padaku.


Tetapi tidak,harapanku punah dan hanya sia-sia..malah hatiku bertambah parah kerana terluka dengan layanan yang sangat kurang perihatin terhadapku.
Mungkin aku berharap terlalu tinggi pada dia dan kerana itu aku terlalu merasa menyesal karana memilihnya.


Lagi pun din seorang budak lelaki yang pandai dan ketika waktu persekolahan dia menetap di asrama.Mungkin sebab itu aku dan dia kurang mesra...tapi aku masih engat cara dia panggil aku dengan nada yang boleh buat aku cair kalau aku sedang marahkan dia....


Tatkala aku teringatkan dia hanyalah kerana cara dia memanggil aku.Memang lain dari bekas-bekas teman lelaki yang lain.Apa boleh buat jodoh kami tak kuat seperti juga hatiku yang tak kuat untuk mempercayai dia ketika berada di asrama...

Wednesday 15 February 2012

Ingatan CInta HaiZam Yang Tidak Pernah Luput

Cinta aku berputik kembali pada tahun 2011 awal bulan 3.Perkenalan antara aku dengan dia sudah lama hampir 3 tahun semasa kami mula menjalinkan hubungan.Aku memang sudah lama menaruh harapan pada dia kerana aku dapat merasakan yang dia seorang yang jujur dan tidak ada apa yang diselindungkan dari aku atau sesiapa sahaja.


Waktu dia bertanyakan pada aku adakah aku sudi menerima dia sebagai teman istimewa,aku merasakan begitu teruja dan agak was-was kerana dia merupakan abang saudara pada teman rapat aku dan aku tahu serba sedikit mengenai perangainya yang suka menyakat orang.Aku bertanyakan banyak kali padanya adakah dia benar-benar serius dengan lamarannya itu?.
Setelah aku berfikir panjang aku menerimanya dalam hidup aku dan aku dapat merasakan sesuatu yang aneh dalam hatiku.


Hatiku seperti sudah menjadi miliknya.Dia menjaga ku dengan sebaik mungkin.Aku sangat menyayanginya.Dia pandai mengambil hatiku sehinggakan aku tidak mampu memarahinya jika dia mengguris hatiku.
Fikiran aku makin runsing memikirkan perasaan aku terhadapnya.
Aku seolah-olah dapat merasakan nikmat dicintai ketika bersamanya.
Mungkinkah ini cinta yang selama ini aku dambarkan dari seorang lelaki?
Atau hanya perasaan aku sahaja?


Tapi langkah robeknya hatiku bila aku yang berada dalam keadaan marah boleh memutuskan hubungan yang aku impikan selama hidup aku yang bergelar remaja? Aku tidak mampu menahan perasaan cemburu ku dan keegoan ku yang terlalu tinggi.Aku menderita.Inilah buat pertama kali aku merasakan bagaimana perasaannya bila putus cinta...


Aduh tidak sanggup aku mengharunginya.Aku sering terkenangkan dia ketika bersamaku.Aku tidak mampu melupakannya.Tiap detik yang aku lalui dalam hidupku ingin aku berkongsi bersamanya.Aku menjadi murung dan sering mengalirkan air mata tatkala aku merindui dia.


Monday 13 February 2012

Cinta Aku Dan Mohamad

Tahun 2010..aku berkenalan dengan seorang lagi lelaki yang mempunyai sifat panas baran yang tinggi dan suka mengongkong kehidupan aku...apa sahaja yang ingin aku lakukan haruslah memberitahu padanya.Pada awalnya aku rasakan itu semua hanya kerana dia menyayangi aku..tapi lama-kelamaan
aku merasakan yang itu kerana perasaan cemburu butanya yang tidak boleh di kawal.


Dia tahu yang memang ramai lelaki cuba untuk mendampingi aku..tapi mereka bukanlah pilihan aku.Apakan daya,dia tetap dengan pendirian dia itu.Hubungan kami memang mesra dan apabila aku bersama dia aku memang rasa di hargai dan di sayangi.Ini kerana perhatian dia terhadap aku terlalu dalam.Kami berkenalan atas nama kawan dan tidak tahu bagaimana aku mula menerima dia dalm hidup aku sbagai pengganti nazim.


Rupanya tidaklah setampan mana,perangainya tidak seelok mana tapi jika hati sudah suka apa sahaja boleh di terima.Hubungan kami kekal sehingga 10 bulan lamanya. Kali ini percintaan aku bukan seperti aku dan nazim yang bercinta kerana tuduhan melulu dari kawan baik aku tapi lebih kepada keikhlasan yang turun dari hati.Alangkah sedihnya hatiku ini tidak dapat meneruskan percintaan kami kerana ada yang menghalangnya.


Aku tidak suka menjalinkan hubungan dengan seseorang jika ada yang tidak suka.Kerana aku ingin orang di sekeliling aku merasa juga keseronokkan yang aku alami ktika bersama dengan orang yang aku sayang.Hubungan kami terhenti dan tidak mungkin aku menyambungnya kembali walaupun hati ini sayu untuk melepaskan dia pergi dari hatiku.


Tapi aku yakin bahawa aku mudah untuk melupakan dia dari menjadi orang yang aku sayang.Aku sangat hargai kasih sayang yang dia beri pada aku dan aku berterima kasih kepadanya.





Sunday 12 February 2012

Perpisahan Yang Tercipta

Selepas beberapa hari Nazim bagi aku hadiah..aku membuat keputusan untuk putus dengan dia.
Aku tidak boleh terima lagi dia dalam hidup aku.Mesti ada yang menyangka aku seorang yang jahat..tapi teman wanita mana yang sanggup dengar cerita yang kawan baik sendiri nak kan pakwe aku?Masa itu jugak perasaan cemburu aku lebih dari perasaan aku terhadap dia.Aku pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu.

Sewaktu peperiksaan PMR kawan-kawan aku ada yang memberitahu tingkah-laku nazim terhadap aku.Dia sering memrhatikan aku dari jarak jauh.Saat itu aku merasakan sesuatu yang aneh dalam hati aku.Aku rasa aku telah membuat keputusan yang salah kerana mminta dia melepaskan aku.
Tiba-tiba terdetik suara kecil di hati aku'ahh biarlah..kan kawan aku nak kan dia..maafkan aku nazim'.

Aku teruskan kehidupan aku seperti biasa selepas menduduki peperiksaan PMR.Tapi alangkah perkara yang tidak aku sangka dalam hidup aku berlaku sekali lagi.Nazim meminta kau supaya terima dia kembali kerana dia masih menyayangi aku.Aku pun terima dia kembali kerana perasaan aku terhadap dia tidak hilang lagi.Aku dan dia seperti semakin mesra dan sayang aku terhadap dia semkain dalam.Waktu itu aku tidak berani lagi untuk bercinta dan berkasih secara serius.
Bukan apa aku takut aku akan melakukan perkara yang di larang.Bukan aku mahu katakan yang nazim seorang yang suka meminta..tapi faham-faham sajalah kalau sudah bercinta dan menyayangi seseorang kita boleh hilang kewarasan diri kerana cinta kita jika iman kita tidak kuat.

Selepas beberapa minggu aku dan dia bersama.Aku membuat keputusan untuk berpisah dengan dia
untuk selamanya.Aku biarkan dia mengejar wanita yang di sukainya.Aku yakin dngan keputusan aku untuk melepaskan dia dari hidup aku.Aku tahu ada yang mengata belakang aku kerana asyik couple dan clash.Ape boleh buat aku masih belum matang lagi dalam mencari cinta...

Friday 10 February 2012

Hadiah dari NAZIM

Aku dan Nazim bersama selama 9bulan lebih.Hubungan kami di sekolah biasa-biasa sahaja seperti rakan sampaikan ada yang mengatakan kami tak ada apa-apa hubungan.Kami jumpa bila ada masa lapang atau pun waktu balik.memori aku dengan dia tak seindah mana pun,hanyalah sekadar memegang gelaran awek orang dan pakwe orang,itu saja.


Kenangan yang paling aku ingat sampai sekarang masa hari jadi aku yang ke15 tahun.Masa tu aku dan dia tengah amik percubaan PMR yang terakhir.Sebelum tu,malam hari jadi aku dia bagi mesej supaya aku balik dengan dia esok hari sebab dia nak bagi aku hadiah sempena hari jadi aku.
Esok hari,lepas habis jawab soalan trial PMR,aku rasa berdebar -debar sebab aku nak jumpa dengan dia.Aku mintak kawan aku teman aku untuk jumpa dia.Mana taknyer  bukan selalu aku dating dengan dia..hahahaha.


So waktu balik tu aku nampak dia dah tunggu aku kat depan pintu kelas.Huish seram rasanyer bila nampak dia.Aku pun keluar dari pintu kelas dan dia sambut aku dengan senyuman dia.Aku dah terksima malu sebab kawan-kawan aku ada dekat dengan aku.Nazim pun keluarkan hadiah dari beg dia dan dia serahkan pada aku.Kawan-kawan aku mula menyakat aku.
Aduhai tak tahu lah ape nak aku luahkan masa tu.Kami berjalan bersama-sama dan aku hanya tunduk malu saja.Malam tu Nazim mesej aku dan dia menanyakan adkah aku suka atau tidak hadiah yang dia berikan pada aku.
Aku katakan aku suka.Hadiah yang dia berikan pada aku ialah music box.
Memang kegemaran aku.



Sampai sekarang aku masih menyimpannya dengan baik.Tapi penutupnya dah patah.Hukhuk sedihnya.

Hadirnya NAZIM Dalam Hidupku

Hurm sudah lama aku memegang gelaran solo..aku mula merasa kesunyiaan dan ingin mencari teman,akhirnya ada seorang insan muncul dalam hidup aku,nama dia NAZIM.Dia rakan sekelas aku sewaktu aku tingkatan 3.Masa aku form 2 aku minat dia,rupe dia bukanlah idaman wanita tapi aku terima dia seadanya.Kami berkenalan dan aku mula terima dia dalam hidup aku.Kami bercinta dan dialah lelaki pertama yang aku suka di sekolah aku.
Sewaktu aku bersama dia ramai yang mentertawakan kami.Ada yang menggelar kami sebagai pasangan 'kuda belang'.Tapi aku tak kesah pun pasal gelaran itu semua.

Tiba-tiba,tak lama selepas kami bercouple,telah muncul seorang perempuan bernama RAINI yang mengelar dirinya pernah diminati dan dicintai oleh NAZIM.Dia menceritakan sesuatu yang kurang menyenangkan aku dalam perhubungan kami.Aku mula rasa gelisah dan tidak puas hati sebab Nazim tak pernah bercerita tentang Raini pada aku.Aku rasa seperti di tipu dan seolah-olah dia menganggap aku tidak penting dalam hidup dia.Inilah perasaan aku bila orang yang aku sayang cuba merahsiakan sesuatu dalam hubungan kami.

Aku cuba berbincang dengan dia secara baik tapi dan hubungan kami semakin baik.Nazim bukan  seperti lelaki lain yang pernah cuba untuk menjadi teman istimewa aku.Dia seorang yang baik,pandai lagi-lagi dalam sejarah dan matematik.Dia juga selalu menegur aku dalam berpakaian.Dia menyuruh aku bertudung jika kluar rumah dan memakai pakaian yang menutup aurat sebab aku dulu jarang pakai hijab dan sering keluar rumah memakai seluar pendek.Nazim lah yang mengubah aku dan aku berubah secara perlahan-lahan.Pada awalnya aku berubah sebabkan dia tapi lama-kelamaan aku berubah dengan hati yang ikhlas kerana ALLAH S.W.T.

Thursday 9 February 2012

Luahan Rasa Cintaku

Kehidupan aku sekarang hanya bertemankan keluaraga aku yang tercinta...tiada lagi yang namanya kekasih atau pun teman istemewa dalam hidup kau...aku tidak ada perasaan untuk mencintai insan lain buat masa sekarang.....kerana hati aku sudah terluka terlalu parah untuk di ubati lagi.....inilah perkara yang paling aku takutkan selama ini...sekian lama aku elak agar perasaan kecewa aku ini tidak mnyentuh hidupku....sudah ramai lelaki aku cuba jauhkan diri...tapi akhirnya aku terpaut juga pada seorang insan yang benar-benar telah merampas hatiku....apakah kesudahan cerita cinta ku ini?Adakah akhirnya aku dapat cintanya itu?