Monday 26 March 2012

MIMPIKU YANG INDAH

Mimpi!!..

Semalam aku mimpikan seorang lelaki yang wajahnya tidak begitu jelas di alam mimpiku...saat itu aku merasa terlalu merindukannya kerana suatu ketika dulu aku pernah mimpikan dia juga...aku meluahkan padanya bahawa aku rindukan dia lalu ku memeluknya...

Tiba-tiba air mukanya berubah lalu memanggil aku sayang...aku melepaskan pelukan ku dari dia dan dia pergi begitu sahaja...ketika itu aku memikirkan mengapa riak wajahnya tiba-tiba berubah...mungkinkah dia tidak suka dengan tindakan aku itu??..

Selepas dia pergi meninggalkan aku,aku terjaga dari mimpiku...tetapi walaupun aku hanya mimpi tapi aku dapat merasa tangan ku memeluk tubuhnya...kelembutan bajunya...dan suaranya yang begitu jelas aku dengar...walaupun pertemuan ku di alam mimpi hanya sekejap tapi aku merasa bahagia....bahagia yang teramat sangat...

Perwatakannya yang alim membuatkan aku terpikir dan tertanya-tanya siapakah dia??..adakah dia hanya hanyalan dalam mimpiku sahaja??..atau dia benar-benar wujud??..dan mungkin juga gangguan ketika mimpiku??.. jika hanya gangguan mimpiku menagapa aku merasa begitu bahagia??.. aku mampu tersenyum sedangkan hatiku sedang berada dalam kegusaran... sungguh indah mimpiku ini...

Wednesday 14 March 2012

KESUNYIAAN YANG MENYELUBUNGI HATIKU

Kesunyiaan yang menyelubungi hidupku tanpa kehadirannya..
Dengan kehadirannya yang bisa mengukir senyuman di wajahku..
Tatkala aku dalam kesedihan atau perasaan gundah gulana dengan dunia remajaku ini...


Mengapa aku tidak bisa melupakannya lagi?? Aku cuba berjauhan dari dia..
aku cuba untuk tidak mengambil tahu tentang dia..tapi itu semua hanya sementara sahaja...selepas beberapa minggu aku masih mengambil tahu tentang dia...


Adakah aku tidak kuat untuk melupakan dia?Oh! tidak aku harus lupakan dia walawbagaimanapun aku WAJIB lupakan dia....tapi jika aku sudah lupakan dia..adakah aku bisa memberi cintaku dan kasihku kepada insan lain??


ketika ini setiap lelaki yang ingin dampingi aku..aku merasakan seperti biasa sahaja..aku hanya ingin berkawan dengan mereka sahaja..dan tidak menginginkan dicintai atau menyayangi mereka...aku tidak dapat memberi sayangku pada mereka...aku runsing kenapa aku terlalu sayangkan dia..
sedangkan dia tidak ada perasaan langsung padaku sekarang
(naluri hatiku)..


Aku harap ada seorang insan yang mampu membuatkan aku jatuh cinta kembali...aku bukan mahu perwatakan yang sama seperti dia..aku tidak mahu sehebat kasih sayangnya terhadap aku..aku hanya mahu seseorang itu mampu memberi aku rasa nikmat cinta dan kasih sayang..dan aku harap mereka tidak mensia-siakan aku dan menghargai aku..menghormati aku sebagai perempuan yang bermaruah dan jujur dalam setiap perkara..

Wednesday 7 March 2012

PERASAAN AKU

Air mata ku berguguran bersama-sama dengan hujan..mendengar luahan perasaan dari si dia..aku merasa begitu terharu tatkala dia menyatakan yang dia akan tetap berdoa kepada Allah agar aku membuka pintu hatiku untuk menerimanya suatu saat nanti..

Ya Allah..adakah aku terlalu kejam kerana menolak cintanya yang telah lama berputik untuk ku?..Adakah aku terlalu mementingkan diri kerana menolak sayangnya?..Adakah itu semua hanya mainan perasaan yang wujud di zaman remaja ini?..

Aduhai aku begitu runsing memikirkan segalanya ini...kadang-kadang aku terasa ingin berjauhan dari tempat tinggal ku ini..aku ingin pergi jauh merantau meninggalkan segala kenangan yang pahit atau pun indah..
Tapi jika aku berbuat demikian bermakna aku penakut untuk menghadapinya...Aku harus kuat mengharungi pengalaman di usia remajaku ini...supaya bila ku dewasa kelak aku akan jadi lebih matang mengenal peribadi seseorang..

Sesungguhnya aku tahu...Allah telah mewujudkan cinta dalam diri setiap hamba-NYA..suatu saat nanti kelak akan ada cinta yang hadir dalam hidupku..sama ada untuknya atau untuk insan lain...Saat itu aku hanya mengikut gerak hati ku berpandukan dengan kematangan akal ku....

Cinta merubah manusia menjadi baik atau jahat...itu sebablah jika mencintai atau dicintai haruslah senantiasa meminta petunjuk dari Allah agar memberi jalan yang betul dan panduan dalam mengejar cinta tersebut...semoga cinta yang kita harapkan di berkati dan ianya jodoh dari Allah s.w.t....

Monday 5 March 2012

MAAFKAN AKU...






Adakah aku terlalu pentingkan diri???Tapi jika aku terus melakukan sedemikian terhadap dia...dia akan bertambah menyayangi aku..maafkan aku....aku tidak mampu membalas cinta dan sayang kau..aku tidak sanggup mendustakan perasaan aku hanya untuk membahagiakan kau....Tatkala kau bahagia bersama aku, sedangkan aku tidak merasai kebahagiaanya...bukankah jika kita bercinta dua-duanya akan merasakan kenikmatan percintaan itu...Tapi jika tidak hanyalah sia-sia sahaja hubungan tersebut kerana hanya sebelah pihak sahaja mengecapi kemanisan cinta..


Maafkan aku...
Aku tak mampu memberikan jiwa aku kepadamu....walaupun ramai orang mengeji aku atau mengata aku kerana menolak cinta kau yang ikhlas..itu semua aku boleh terima daripada aku terus menyakiti kau dan mendustakan perasaan aku ....kenangan yang kau berikan padaku sangat indah dan manis...


Aku berdoa pada tuhan agar ada seorang perempuan yang bisa membalas cinta kau yang taburkan untuk aku....dan aku harap kau dapat mencintai perempuan tersebut seikhlas kau mencintai aku....Maafkan aku...Maafkan aku....aku tak mampu memberikan cintaku padamu....Aku tahu bagaimana rasanya cinta tidak berbalas....
Memang perit jika bertepuk sebelah tangan...tapi padaku walaupun bertepuk sebelah tangan asalkan dapat memberi aku kebahagiaan dan kekuatan untuk berusaha mendapatkan apa yang aku inginkan..


Apa yang kita inginkan tidak semestinya dapat...walau sekeras mana kita usahakan jika ia bukan jodoh atau rezeki kita....ia tetap tidak akan menjadi kepunyaan kita...aku harap kau mengerti...Jika kau membenci pada aku..aku mengerti...Maafkan aku....