Wednesday 22 May 2013

LELAKI

Ah! lelaki semuanya sama sahaja...kata-kata manis mengalahkan madu lebah...tp derita dan sakit yang aku tanggung lebih sakit dari tusukan sengat sang lebah...
Makin aku mengenali lelaki....makin aku merasa jengkel terhadap diorang...makin aku rasa kenapa ada lelaki yang mulut manis seperti gula ditemukan dengan aku...
Haish !! lelaki memang susah untuk aku beri kepercayaan lagi...Hati aku sekarang hanya tinggal dendam dan benci terhadap mereka...

Bila ada perasaan cinta atau sayang hadir...dengan pantas hati aku mengatakan ''ITU SEMUA DUSTA DAN TIDAK BENAR''..

Wahai lelaki yang budiman...di manakah keberadaan lelaki seperti ini...tidakkah ada satu untuk diriku...Hurm aku masih belum jumpa dengan lelaki yang menghormati aku sebagai seorang perempuan...yang menjaga tutur katanya bila berkata-kata...yang boleh membimbing aku bila aku hampir leka atau lalai...yang mampu menjaga maruah aku dan wanita lain seperti menjaga emas sekarung...

Bukan aku meminta yang sempurna..aku tahu tidak ada yang sempurna melainkan yang maha ESA...tapi jarang aku ditemukan dengan lelaki seperti ini...kalau ada pon pasti mereka sudah berkeluarga...kadang-kadang aku merasa jika yang baik itu sudah berkeluarga...aku sanggup jadi yang kedua...tapi tidaklah sampai hati ini untuk meretakkan hati wanita lain demi ciri-ciri lelaki idaman aku...

Bukan mudah untuk dapatkan yang terbaik...tetapi aku mengharap dan meminta agar ada jua lelaki yang boleh membuka pintu hatiku semula yang telah terkubur oleh persaan kecewa dan dendam terhadap lelaki...

Coretan aku bukanlah untuk menghina atau memburukkan lelaki tetapi aku hanya merasa kesal dan bosan dengan lelaki yang sama dan sama berterusan...pada aku sudah tidak ada yang istimewanya lagi dalam hal cinta....

No comments:

Post a Comment