Wednesday 25 July 2012

LAFAZKAN CINTAMU DENGAN IKHLAS..

Apabila aku menyayangi seseorang...aku tidak akan membiarkan dia mengetahui bagaimana perasaan aku yang sebenarnya terhadap dia...Bukan kerana aku seorang yang suka menyimpan rahsia...bukan juga kerana aku tidak suka berkongsi perasaan aku...tapi aku taknak dia  tahu yang aku sangat menyayangi dia dan hanya dia di dalam hatiku...
Kerana bila seorang lelaki yang baik dan jujur mengetahui perasaan seorang perempuan yang begitu mendalam terhadapnya...dia  pasti cuba untuk membalasnya...
Sedangkan perasaan dalam diri dia tidak seperti yang ditunjukkan kepada perempuan tersebut.....
Ini kerana dia tidak mahu melukakan perasaan seorang perempuan...

Yang tulus menyayangi dirinya....
Yang ikhlas menerima dirinya...
Serta yang sudi memberi cintanya....

Kerana itu aku tidak mahu melafaskan kata-kata indah pada dia...
Aku takut dia tidak sanggup meninggalkan aku  suatu hari nanti kerana perasaan aku terhadap dia...
dan berpura-pura menyayangiku.....
Bila dia adalah jodoh yang termaktub untukku....
saat itulah aku akan melafaskan segala kata-kata indah....

Belajarlah menerima diriku walau aku bukan yang pertama dalam hidupmu.......

CERITARA KISAH CINTA..

Dalam hidup seseorang pastinya pernah memiliki cinta pertama....
Cinta pertama yang mengajar kita menyayangi insan lain....
Cinta pertama yang membolehkan kita cuba untuk hidup bersama orang tersayang...
Cinta pertama juga mendidik hati kita supaya menghargai setiap pertemuan...
Tanpa cinta pertama ini kita mungkin tidak akan pernah mengenali semua itu...sama ada yang indah ataw pahit...
Segala kenangan bersama cinta pertama mungkin susah untuk di lupakan...
Malah untuk memberikan hati kita pada insan lain agak susah dan perih bukan...


Tapi jika hadirnya cinta yang baru...terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka...cuba menjadi yang terbaik untuk si dia...
Segala yang terindah jadikan kenangan dan yang duka cuba di perbetulkan..
Sememangnya dalam percintaan kita akan sentiasa bermain dengan perasaan dan emosi....Jika di dalam hati tersemat untuk mengikatkan cinta yang baru usahalah dan serius dalam hubungan...Jika jodoh sudah tercatat tiada ape yang mampu menghalang sesuatu hubungan itu untuk membina mahligai indah di syurga.....

Monday 9 July 2012

INSYAALLAH...

Hurm semuanya berlalu dengan pantas...sepantas tiupan angin laut... sepantas sang bayu menyapa pagiku...sepantas deruan ombak memukul pantai...sepantas itu aku cuba melupakan mu...walaupun dikau tidak mungkin setuju dengan keputusan ku...


aku sudah tidak mampu mengenang cinta yang tidak tahu di mana kesudahannya...aku juga tidak bisa membalas sayang yang kau cuba perjudikan untuk ku...untuk aku membalsnya...tidak mungkin aku akan lakukan..

Sekarang aku mengharap kasih dari insan lain yang sudi menerimaku dan membawaku jauh dari masa laluku...yang dulunya sering teringatkan mu...
sering mendambakan kasih dan rindumu....jika aku di pertemukan dengan insan tersebut...kelak aku bersyukur dan menerinya dengan ikhlas....


Aku percya pasti ada sinar kebahagiaan yang akan aku nikmati suatu saat nanti...dan aku tidak lagi akan menaruh harapan yang tinggi terhadapmu...
walaupun aku tidak mengecapi kebahagiaan....Aku akan membahagiakan mereka yang selalu disisi ku pabila aku memerlukan seseorang...yang menjauhkan diriku darimu aku terima apa yang mereka lakukan...
pasti ada kesimpulannya dalam segala kesulitan...insyaALLAH.....