Sunday, 12 February 2012

Perpisahan Yang Tercipta

Selepas beberapa hari Nazim bagi aku hadiah..aku membuat keputusan untuk putus dengan dia.
Aku tidak boleh terima lagi dia dalam hidup aku.Mesti ada yang menyangka aku seorang yang jahat..tapi teman wanita mana yang sanggup dengar cerita yang kawan baik sendiri nak kan pakwe aku?Masa itu jugak perasaan cemburu aku lebih dari perasaan aku terhadap dia.Aku pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu.

Sewaktu peperiksaan PMR kawan-kawan aku ada yang memberitahu tingkah-laku nazim terhadap aku.Dia sering memrhatikan aku dari jarak jauh.Saat itu aku merasakan sesuatu yang aneh dalam hati aku.Aku rasa aku telah membuat keputusan yang salah kerana mminta dia melepaskan aku.
Tiba-tiba terdetik suara kecil di hati aku'ahh biarlah..kan kawan aku nak kan dia..maafkan aku nazim'.

Aku teruskan kehidupan aku seperti biasa selepas menduduki peperiksaan PMR.Tapi alangkah perkara yang tidak aku sangka dalam hidup aku berlaku sekali lagi.Nazim meminta kau supaya terima dia kembali kerana dia masih menyayangi aku.Aku pun terima dia kembali kerana perasaan aku terhadap dia tidak hilang lagi.Aku dan dia seperti semakin mesra dan sayang aku terhadap dia semkain dalam.Waktu itu aku tidak berani lagi untuk bercinta dan berkasih secara serius.
Bukan apa aku takut aku akan melakukan perkara yang di larang.Bukan aku mahu katakan yang nazim seorang yang suka meminta..tapi faham-faham sajalah kalau sudah bercinta dan menyayangi seseorang kita boleh hilang kewarasan diri kerana cinta kita jika iman kita tidak kuat.

Selepas beberapa minggu aku dan dia bersama.Aku membuat keputusan untuk berpisah dengan dia
untuk selamanya.Aku biarkan dia mengejar wanita yang di sukainya.Aku yakin dngan keputusan aku untuk melepaskan dia dari hidup aku.Aku tahu ada yang mengata belakang aku kerana asyik couple dan clash.Ape boleh buat aku masih belum matang lagi dalam mencari cinta...

No comments:

Post a Comment