Friday, 10 February 2012

Hadiah dari NAZIM

Aku dan Nazim bersama selama 9bulan lebih.Hubungan kami di sekolah biasa-biasa sahaja seperti rakan sampaikan ada yang mengatakan kami tak ada apa-apa hubungan.Kami jumpa bila ada masa lapang atau pun waktu balik.memori aku dengan dia tak seindah mana pun,hanyalah sekadar memegang gelaran awek orang dan pakwe orang,itu saja.


Kenangan yang paling aku ingat sampai sekarang masa hari jadi aku yang ke15 tahun.Masa tu aku dan dia tengah amik percubaan PMR yang terakhir.Sebelum tu,malam hari jadi aku dia bagi mesej supaya aku balik dengan dia esok hari sebab dia nak bagi aku hadiah sempena hari jadi aku.
Esok hari,lepas habis jawab soalan trial PMR,aku rasa berdebar -debar sebab aku nak jumpa dengan dia.Aku mintak kawan aku teman aku untuk jumpa dia.Mana taknyer  bukan selalu aku dating dengan dia..hahahaha.


So waktu balik tu aku nampak dia dah tunggu aku kat depan pintu kelas.Huish seram rasanyer bila nampak dia.Aku pun keluar dari pintu kelas dan dia sambut aku dengan senyuman dia.Aku dah terksima malu sebab kawan-kawan aku ada dekat dengan aku.Nazim pun keluarkan hadiah dari beg dia dan dia serahkan pada aku.Kawan-kawan aku mula menyakat aku.
Aduhai tak tahu lah ape nak aku luahkan masa tu.Kami berjalan bersama-sama dan aku hanya tunduk malu saja.Malam tu Nazim mesej aku dan dia menanyakan adkah aku suka atau tidak hadiah yang dia berikan pada aku.
Aku katakan aku suka.Hadiah yang dia berikan pada aku ialah music box.
Memang kegemaran aku.



Sampai sekarang aku masih menyimpannya dengan baik.Tapi penutupnya dah patah.Hukhuk sedihnya.

No comments:

Post a Comment