Wednesday, 15 February 2012

Ingatan CInta HaiZam Yang Tidak Pernah Luput

Cinta aku berputik kembali pada tahun 2011 awal bulan 3.Perkenalan antara aku dengan dia sudah lama hampir 3 tahun semasa kami mula menjalinkan hubungan.Aku memang sudah lama menaruh harapan pada dia kerana aku dapat merasakan yang dia seorang yang jujur dan tidak ada apa yang diselindungkan dari aku atau sesiapa sahaja.


Waktu dia bertanyakan pada aku adakah aku sudi menerima dia sebagai teman istimewa,aku merasakan begitu teruja dan agak was-was kerana dia merupakan abang saudara pada teman rapat aku dan aku tahu serba sedikit mengenai perangainya yang suka menyakat orang.Aku bertanyakan banyak kali padanya adakah dia benar-benar serius dengan lamarannya itu?.
Setelah aku berfikir panjang aku menerimanya dalam hidup aku dan aku dapat merasakan sesuatu yang aneh dalam hatiku.


Hatiku seperti sudah menjadi miliknya.Dia menjaga ku dengan sebaik mungkin.Aku sangat menyayanginya.Dia pandai mengambil hatiku sehinggakan aku tidak mampu memarahinya jika dia mengguris hatiku.
Fikiran aku makin runsing memikirkan perasaan aku terhadapnya.
Aku seolah-olah dapat merasakan nikmat dicintai ketika bersamanya.
Mungkinkah ini cinta yang selama ini aku dambarkan dari seorang lelaki?
Atau hanya perasaan aku sahaja?


Tapi langkah robeknya hatiku bila aku yang berada dalam keadaan marah boleh memutuskan hubungan yang aku impikan selama hidup aku yang bergelar remaja? Aku tidak mampu menahan perasaan cemburu ku dan keegoan ku yang terlalu tinggi.Aku menderita.Inilah buat pertama kali aku merasakan bagaimana perasaannya bila putus cinta...


Aduh tidak sanggup aku mengharunginya.Aku sering terkenangkan dia ketika bersamaku.Aku tidak mampu melupakannya.Tiap detik yang aku lalui dalam hidupku ingin aku berkongsi bersamanya.Aku menjadi murung dan sering mengalirkan air mata tatkala aku merindui dia.


No comments:

Post a Comment