Sewaktu aku bersama dia ramai yang mentertawakan kami.Ada yang menggelar kami sebagai pasangan 'kuda belang'.Tapi aku tak kesah pun pasal gelaran itu semua.
Tiba-tiba,tak lama selepas kami bercouple,telah muncul seorang perempuan bernama RAINI yang mengelar dirinya pernah diminati dan dicintai oleh NAZIM.Dia menceritakan sesuatu yang kurang menyenangkan aku dalam perhubungan kami.Aku mula rasa gelisah dan tidak puas hati sebab Nazim tak pernah bercerita tentang Raini pada aku.Aku rasa seperti di tipu dan seolah-olah dia menganggap aku tidak penting dalam hidup dia.Inilah perasaan aku bila orang yang aku sayang cuba merahsiakan sesuatu dalam hubungan kami.
Aku cuba berbincang dengan dia secara baik tapi dan hubungan kami semakin baik.Nazim bukan seperti lelaki lain yang pernah cuba untuk menjadi teman istimewa aku.Dia seorang yang baik,pandai lagi-lagi dalam sejarah dan matematik.Dia juga selalu menegur aku dalam berpakaian.Dia menyuruh aku bertudung jika kluar rumah dan memakai pakaian yang menutup aurat sebab aku dulu jarang pakai hijab dan sering keluar rumah memakai seluar pendek.Nazim lah yang mengubah aku dan aku berubah secara perlahan-lahan.Pada awalnya aku berubah sebabkan dia tapi lama-kelamaan aku berubah dengan hati yang ikhlas kerana ALLAH S.W.T.
No comments:
Post a Comment