Monday, 13 February 2012

Cinta Aku Dan Mohamad

Tahun 2010..aku berkenalan dengan seorang lagi lelaki yang mempunyai sifat panas baran yang tinggi dan suka mengongkong kehidupan aku...apa sahaja yang ingin aku lakukan haruslah memberitahu padanya.Pada awalnya aku rasakan itu semua hanya kerana dia menyayangi aku..tapi lama-kelamaan
aku merasakan yang itu kerana perasaan cemburu butanya yang tidak boleh di kawal.


Dia tahu yang memang ramai lelaki cuba untuk mendampingi aku..tapi mereka bukanlah pilihan aku.Apakan daya,dia tetap dengan pendirian dia itu.Hubungan kami memang mesra dan apabila aku bersama dia aku memang rasa di hargai dan di sayangi.Ini kerana perhatian dia terhadap aku terlalu dalam.Kami berkenalan atas nama kawan dan tidak tahu bagaimana aku mula menerima dia dalm hidup aku sbagai pengganti nazim.


Rupanya tidaklah setampan mana,perangainya tidak seelok mana tapi jika hati sudah suka apa sahaja boleh di terima.Hubungan kami kekal sehingga 10 bulan lamanya. Kali ini percintaan aku bukan seperti aku dan nazim yang bercinta kerana tuduhan melulu dari kawan baik aku tapi lebih kepada keikhlasan yang turun dari hati.Alangkah sedihnya hatiku ini tidak dapat meneruskan percintaan kami kerana ada yang menghalangnya.


Aku tidak suka menjalinkan hubungan dengan seseorang jika ada yang tidak suka.Kerana aku ingin orang di sekeliling aku merasa juga keseronokkan yang aku alami ktika bersama dengan orang yang aku sayang.Hubungan kami terhenti dan tidak mungkin aku menyambungnya kembali walaupun hati ini sayu untuk melepaskan dia pergi dari hatiku.


Tapi aku yakin bahawa aku mudah untuk melupakan dia dari menjadi orang yang aku sayang.Aku sangat hargai kasih sayang yang dia beri pada aku dan aku berterima kasih kepadanya.





No comments:

Post a Comment